Saturday, June 30, 2007

Takziah buat PakDin

Update: 11.30pm

Terima kasih buat semua yang hadir: PakDin, Khazirul, Gigi, Daus, Din, Jejeoy, Zaim, Firdaus, Shafeeq, Ariff, Maro, K.Ina, K.An & Halimah. Bila berjauhan, kita semua sekeluarga, saling perlu-memerlukan.

Untuk yang bertanya.. kami berjemaah Maghrib, Sembahyang ghaib jenazah, baca yassin, isya' bersama2. Kemudian, makan malam - gulai lemak cili api ayam kentang, telur dadar, ikan masin, sambal belacan, timun & teh tarik.

-------------------

Update: 3pm

Malam ini selepas maghrib, jemput ke rumah Khazirul di Musashinodai. Akan diakan bacaan yassin dan tahlil untuk mak dan adik pakdin. Sila maklumkan kehadiran kepada Khazirul. Yoroshiku

----------

Kalau semalam PakDin berkongsi berita gembira pertambahan ahli keluarga, hari ini berita mengejutkan pula tiba dari Malaysia.

Saya terima panggilan telefon dari PakDin sebentar tadi memberitahu yang Emak & Adik beliau telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalanraya pagi tadi. Innalillah wa inna lillahi rojiun. PakDin akan pulang ke Malaysia flight esok pagi.

Marilah kita bersama2 menyedekahkan Al-fatihah buat Allahyarhamah ibu & Allahyarham adik lelaki PakDin. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas mereka dan mengampuni segala dosa-dosanya. Amiin..

Pakdin, be strong okay. Keluarga dentsu will always be here for you.. if anything...

"Yang hidup pasti kembali kepada Illahi"

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

takziah buat abg nordin...semoga tabah menghadapi dugaan.

12:54 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home